Sharing is caring.. berkongsi idea, cerita, pengalaman atau apa saja yang berkaitan bidang pertanian dan penternakan.
Wednesday, March 28, 2012
Wednesday, March 21, 2012
DIY Inkubator = Goreng Pisang Panas.
Salam untuk semua..
Tengok tajuk je dah semacam.. Inilah cerita terbaru RAE, sejak menggunakan inkubator buatan sendiri yang berjaya menetaskan telur-telur puyuh dan ayam kampung, ramai la pula rakan-rakan yang minta tolong buatkan inkubator yang sama untuk mereka. Ada yang nak bersaiz kecil, ada juga yang nak bersaiz besar.. Sehinggakan ada saudara mara mereka juga yang turut sama menempah inkubator ni.
Untuk tidak menghampakan permintaan orang, saya pun buatkanlah untuk mereka dan dijual dengan harga yang agak berpatutan. Nak jual mahal-mahal pun tak sampai hati.. yang nak guna pun untuk suka-suka je.. jadi saya pun buatkan jelah untuk mereka. Minggu lepas je dah 2 buah tempahan yang saya terima. Minggu ni ada pulak yang nak tempah lagi 2 buah.. Alhamdulillah, tempahan pun dah siap dan pelanggan pun dah ambil tempahan mereka. Harap-harap menetaslah telur-telur ayam mereka., InsyaAllah..
Kepada pelanggan yang telah menempah inkubator diharap anda berpuashati dengan hasil kerja tangan saya. Jadi disini saya kongsikan inkubator yang telah saya buatkan untuk pelanggan yang dah membuat tempahan. Jom layan mata....

Tuesday, March 06, 2012
Pinjaman Perniagaan @ Penternakan..
Salam untuk semua pembaca..
Agak lama juga RAE tidak update blog ini.. Bukannya apa, cuma tiada cerita menarik yang hendak dikongsikan bersama dalam blog ini. Untuk entry kali ini, RAE hendak cerita sedikit tentang perkara yang sering menjadi masalah kepada kita yang baru menceburkan diri dalam kerjaya sebagai penternak atau peniaga iaitu masalah untuk mendapatkan modal permulaan.
Ramai orang yang berminat mahu berniaga dan sangat ingin memulakan perniagaan. Namun niat tersebut sering terhalang akibat faktor tiada modal untuk memulakannya. Justeru, ada yang mengambil jalan untuk bekerja makan gaji untuk mengumpulkan modal dan ada juga yang meminjam daripada ibubapa, adik beradik, saudara mara serta rakan-rakan.
Persoalannya, adakah yang sudi meminjamkan wang mereka kepada kita? Pada zaman sekarang ini, masihkah ada yang sanggup mengorbankan wang simpanan sendiri untuk orang lain? Jawapan ADA!! hanya ibubapa kita sahaja yang sanggup berbuat demikian. Itu pun jika mereka berkemampuan.. Adik beradik juga ada yang sanggup berikan, tetapi memang susah nak cari sekarang ni..
Jalan mudah dan paling senang untuk mendapatkan pinjaman kini adalah melalui AH LONG.... RAE menasihatkan pembaca janganlah sesekali mencari Ah Long walaupun anda telah hampir berputus asa untuk mencari saluran bagi mendapatkan pinjaman modal untuk perniagaan anda. Di sini RAE ingin kongsikan beberapa tips atau panduan sebagai persediaan untuk anda mendapatkan modal memulakan perniagaan.
Setelah anda berjaya memulakan perniagaan dan perlukan modal tambahan untuk membesarkan lagi perniagaan anda, bolehlah gunakan kertas kerja yang telah siap dibuat dan hantarkan ke saluran-saluran kerajaan seperti yang dipaparkan disebelah kiri blog ini.

- Buat perancangan yang teliti dan tepat mengenai perjalanan perniagaan yang bakal anda jalankan. Ianya merangkumi kesemua aspek daripada tapak berniaga, penyediaan prasarana, penyediaan bahan mentah, proses penyediaan bahan siap, bahan siap, jualan, promosi, strategi perniagaan dan sebagainya.
- Buat anggaran kos bagi kesemua perkara-perkara yang ditunjukkan di atas. Anggaran yang dibuat juga hendaklah berdasarkan kajian pasaran terkini dan bukannya yang 'main agak-agak'.
- Rancangan perniagaan anda ini juga sebolehnya dibuat dalam bentuk kertas kerja yang lengkap yang disampaikan dengan jelas.
- Carilah seorang mentor yang akan dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan. Contohnya jika anda mahu berniaga nasi lemak, carilah peniaga nasi lemak kerana anda akan dapat mempelajari serba sedikit pengalaman dalam menjual nasi lemak dan insyaAllah dia juga akan membantu anda untuk memberi pendahuluan bagi memulakan perniagaan.
Kertas kerja yang disediakan bolehlah ditunjukkan kepada mentor anda nanti untuk ditokok tambah (jika perlu). Kesungguhan anda untuk berniaga dan berjaya juga akan dapat dilihat daripada kertas kerja yang disediakan. Tahap ilmu penngetahuan anda juga akan dapat dilihat melaluinya.
Setelah anda berjaya memulakan perniagaan dan perlukan modal tambahan untuk membesarkan lagi perniagaan anda, bolehlah gunakan kertas kerja yang telah siap dibuat dan hantarkan ke saluran-saluran kerajaan seperti yang dipaparkan disebelah kiri blog ini.
Semoga ilmu yang tidak seberapa ini anda akan dapat manafaatkannya. Sebarang pertanyaan atau perlukan bimbingan bolehlah menghubungi RAE ditalian seperti yang dipaparkan.
Maaf jika apa yang dipaparkan di atas tidak menyamai atau tidak sependapat dengan anda. Cerita yang dikongsikan di atas adalah melalui pengalaman RAE sendiri. Sekian, wassalam...
Labels:
Penternakan,
Perniagaan,
Pertanian
Location:
Batu Caves, Selangor, Malaysia
Saturday, March 03, 2012
Menangi Proton Inspira Dengan Dilengkapi Modem Yes 4G Network!!!
Jom masuk contest ni.. free je, bukan kena bayar.. untung2 boleh dapat kereta Proton Inspira siap dengan Yes 4G modem didalam!! memang terbaik la package ni..
Klik link ni untuk mendaftar.
Kereta yang bakal dimenangi!!
Klik link ni untuk mendaftar.
Kereta yang bakal dimenangi!!
Labels:
Cerita
Subscribe to:
Posts (Atom)