DI
MANA TERDAPAT PERUSAHAAN ITIK TELUR?
Negeri-negeri utama pengeluar telur itik
ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi negeri-negeri Kedah dan Perlis,
perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang berhampiran dengan pantai
dan sawah padi. Laut yang berdekatan akan membekalkan ikan baja untuk sumber
protien kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang
mudah didapati bagi penternakan yang berdekatan dengan sawah padi.
Penternakan yang tidak duduk berdekatan
dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa
sekarang makanan komersial yang lebih baik mudah diperolehi. Malah penternak juga
boleh membuat makanan itik telur mereka sendiri.
ADAKAH
KOLAM AIR MESTI DISEDIAKAN UNTUK MEMELIHARA ITIK TELUR?
Itik telur memerlukan air yang
secukupnya untuk minum tetapi kolam air tidak diperlukan.
BAKA-BAKA
ITIK TELUR YANG SESUAI DAN PENGELUARANNYA
Terdapat beberapa baka itik telur yang
sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Baka dan pengeluaran telur bagi
itik-itik telur tersebut adalah seperti di Jadual 1.
JADUAL
1: BAKA DAN PENGELUARAN ITIK TELUR
|
Baka
|
Berat Telur (gm)
|
Bil. Telur setahun (52 minggu)
|
|
|
Khaki Campbell Kacukan (Thailand)
|
70
|
260 - 274 biji
|
|
|
Kortlang Khaki Campbell (U.K.)
|
70
|
300 - 320 biji
|
|
|
Indian Runner
|
70
|
250 - 275 biji
|
|
|
Cherry Valley C2000
|
75
|
275 - 280 biji
|
|
|
Itik Jawa
|
65
|
180 - 200 biji
|
|
|
DARI
MANA BAKA-BAKA ITIK TELUR INI BOLEH DIPEROLEHI?
Pada masa sekarang terdapat dua (2)
sumber utama yang dapat membekalkan anak itik telur pada penternak iaitu:
v Pembekal
yang mengimport anak itik telur dari luar negera seperti dari negera Thailand.
v Pusat
penetasan anak itik telur tempatan seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan, melalui
Pusat Latihan Ternakan di Sungai Siput (Utara) ada memelihara induk baka itik
telur dan mempunyai unit penetasan yang mampu mengeluarkan anak itik telur dari
baka Khaki Campbell.
BERAPAKAH
HARGA SEEKOR ANAK ITIK ?
Harganya berbeza-beza. Biasanya di dalam
lingkungan RM 0.80 – RM 2.00 seekor. Harga anak itik telur daripada Pusat
Latihan Ternakan, Sungai Siput hanya RM 1.50 seekor dan hanya anak itik betina
saja akan dibekalkan kepada penternak.
Pastikan anak itik yang terdiri daripada
baka yang baik sahaja digunakan walaupun anda terpaksa membayar dengan harga
yang mahal sedikit.
Anak itik yang murah adalah anak itik
yang berkualiti rendah dan tidak akan mengeluarkan telur seperti yang
dijangkakan.
ADAKAH
ANAK ITIK BERUMUR SEHARI MEMERLUKAN API / LAMPU?
Pengurusan anak itik yang baru sampai
adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api / lampu
hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan
anak itik tersebut.
APAKAH
PANDUAN SEMASA MEMBERI MAKANAN KEPADA ITIK TELUR?
Pada peringkat anak sehingga minggu ke-20,
makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang seimbang akan
menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang
dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada
masa ini. Pemberian makanan cara ini didapati tidak sesuai.
Bagi itik yang sedang bertelur, makanan
yang sering diberikan terbahagi kepada 3:
Ø Makanan
tradisional - dedak padi, beras hancur dan ikan baja.
Ø Makanan
campuran sendiri - penternak mencampurkan bahan-bahan mentah mengikut sukatan-sukatan
tertentu seperti Hampas Kacang Soya, Beras Hancur, Serbuk Ikan dan lain-lain
sebelum diberikan kepada itik yang sedang bertelur.
Ø Makanan
komersial - makanan ini dibeli di kedai pembekal makanan ayam, itik dan boleh
digunakan terus kepada itik telur.
MENGAPA
MAKANAN ITIK TELUR BERSUKAT?
Makanan yang diberi kepada itik telur
mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi
akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar
dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya
adalah rendah.
Itik yang terlalu banyak menerima
makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi
pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur
terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula
bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 - 2.1 kg.
BAGAIMANA
MENDAPATKAN BERAT BADAN ITIK YANG SEIMBANG?
Selain daripada pemberian makanan yang
bersukat, bekas makanan mestilah mencukupi. Cara mudah untuk mengetahui luas
bekas makanan yang mencukupi atau tidak ialah dengan cara melihat itik-itik
tersebut semasa diberi makan. Jika semua itik boleh makan serentak apabila
diberi makanan, luas bekas makanan tersebut adalah baik dan mencukupi. Sentiasa
tambah panjang bekas makanan itik anda kerana itik yang telah besar memerlukan
keluasan bekas makanan yang lebih besar.
Berat badan itik sering tidak seimbang
terutama diperingkat anak dan ini berlaku apabila keluasan bekas makanan dan
makanan yang tidak mencukupi. Tangkap anak-anak itik yang kecil dan asingkan
dari yang telah besar. Tambah makanan 10-20 gm sehari untuk 1 - 2 minggu bagi
anak itik yang kecil sehingga ia sama besar dengan kumpulan asalnya. Apabila
beratnya telah seimbang dengan kumpulan itik yang tidak bermasalah, berilah
kuantiti makanan yang sama seperti yang telah dijadualkan.
Jadual makanan itik telur yang teratur
boleh didapati daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dengan anda.
JIKA
SAYA INGIN MENGGUNAKAN MAKANAN KOMERSIAL, APAKAH JENIS-JENIS YANG BOLEH SAYA
GUNAKAN?
ü Duck
Starter Crumble 1 hari - 3 minggu.
ü Duck
Grower Pellet 4 minggu - 15 minggu
ü Duck
Layer Pellet 16 minggu ke atas.
JIKA
SAYA INGIN MENCAMPUR /MEMBUAT MAKANAN ITIK SAYA SENDIRI, DARI MANA SAYA BOLEH
PEROLEHI FORMULANYA?
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri atau
Unit Ayamitik di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur ada menyimpan
beberapa formula yang sesuai untuk tujuan tersebut. Sila hubungi pihak kami
untuk mendapatkan formula tersebut.
BERAPA
BANYAKKAH SEEKOR ITIK TELUR YANG SEDANG BERTELUR MAKAN SEHARI?
Jika anda menggunakan makanan yang
kering seperti makanan komersial, seekor itik telur memerlukan 140 - 160 gm
sehari. Jika makanan tersebut telah dibancuh dengan air, ia mestilah
sekurang-kurangnya 175 - 200 gm sehari.
BILA
ITIK TELUR MULA BERTELUR?
Itik yang menerima makanan yang
secukupnya melalui sukatan yang ditetapkan akan mula bertelur pada minggu ke-18
atau ke-19. Jika makanan tidak cukup, ia tidak bertelur walaupun telah berumur
25 minggu. Tetapi jika makanan terlalu berlebihan, ia akan bertelur lebih awal
walaupun hanya baru berumur 14 – 16 minggu.
BERAPA
LAMA ITIK BERTELUR?
Ada penternak yang menyimpan itik mereka
sehingga 3 tahun. Waktu bertelur yang paling sesuai adalah dalam lingkungan 2
tahun. Itik yang terlalu tua tidak boleh mengeluarkan telur yang menguntungkan.
JIKA
KULIT TELUR ITIK KOTOR, BOLEHKAH DICUCI DENGAN AIR?
Tidak boleh! Kulit telur mempunyai
rongga yang halus yang akan membolehkan air dan kuman bakteria masuk ke dalam
telur. Ini akan menyebabkan mutu telur itik menurun.
Untuk mengelakkan kulit telur menjadi
terlalu kotor, pastikan lantai reban dan bekas bertelur mestilah bersih dan
kering.
SISTEM
PERUMAHAN BAGI ITIK TELUR
Terdapat dua sistem perumahan yang boleh
dijalankan oleh penternak. Sistem pengurusan yang intensif memerlukan sebuah
reban di mana itik telur tidak keluar daripada reban tersebut.
Bagi pengurusan yang separa intensif,
itik telur dikurung di dalam reban pada sebelah malam dan dilepaskan di kawasan
lapang di luar reban yang berpagar. Sistem ini adalah lebih sesuai bagi pentenak
yang ingin menjalankan projek tenakan itik telur.
BERAPA
LUAS LANTAI / TAPAK UNTUK REBAN TELUR ITIK?
Kawasan yang diperlukan adalah mengikut
sistem pengurusan yang diamalkan. Secara am, sistem intensif boleh memuatkan
bilangan itik telur yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi jika
dibandingkan dengan sistem separa intensif. Jadual 2 menunjukkan keluasan reban
yang diperlukan bagi penternakan itik telur.
Jadual
2: Keluasan Reban Itik Telur
Sistem
Perumahan
|
Umur
Itik Telur
|
1
hari hingga 4 minggu
|
5
minggu hingga 20 minggu
|
20
minggu ke atas
|
Intensif
|
10 ekor / m²
|
6 ekor / m²
|
4 - 5 ekor / m²
|
Separa
Intensif
|
8 ekor / m²
|
7 ekor / m²
|
2 - 3 ekor / m²
|
Bagi Penternak yang mengamalkan sistem
separa intensif, reban beratap yang luasnya 7m x 20m dengan kawasan luar yang
berukuran 14 m x 20 rn adalah sesuai untui 500 - 600 ekor itik.
BAGAIMANA
MENJAMIN KULIT TELUR VANG BERSIH?
Bekas atau tempat bertelur hendaklah
bersih, kering dan mencukupi untuk itik bertelur. Jika sarap dari habuk papan
atau sekam padi digunakan di dalam bekas bertelur buang sarap yang basah dan
gantikan dengan yang kering. Ukuran bekas untuk bertelur ialah 40 cm X 41 cm X 30
cm dan satu bekas sesuai untuk 5 ekor itik.
Selain daripada itu, kawasan reban
hendaklah dibersihkan selalu daripada sampah sarap dan najis itik agar ia
sentiasa bersih dan kering.
DI
MANAKAH TELUR ITIK BOLEH DIPASARKAN?
Menjual telur itik sepatutnya tidak ada
apa-apa masaalah, jika mutu adalah baik kerana selain daripada menjual sendiri,
FAMA ada membeli telur itik, terutama di kawasan utara, iaitu di negeri Kedah
dan Perlis.
APAKAH
FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA SEMASA PENJUALAN TELUR ITIK.
Bagi telur itik, berat dan warna kuning
telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang beratnya 65 gm ke atas dan
warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan
dengan telur yang beratnya rendah dan warna kuning telurnya yang pucat.
Lain-lain faktor yang diambil kira ialah kebersihan dan kualiti kulit telur
itik tersebut.
BAGAIMANA
KUNING TELUR BOLEH DIMERAHKAN?
Bagi pentenak yang membuat makanan itik
telur mereka sendiri, kulit udang sering dicampurkan. Kulit udang mengandungi
sejenis bahan pewarna yang dikenali sebagai xanthophyll dan ia boleh memberi
warna merah kepada kuning telur. Kulit udang adalah sukar untuk diperolehi.
Namun pewarna sintetik juga digunakan. Pewarna tersebut dikenali sebagai
"corophyll".
BAGAIMANA
WARNA KUNING TELUR DITENTUKAN?
Telur itik akan dipecahkan dahulu untuk
melihat kuning telur. Kuning telur tersebut pula dibandingkan dengan kipas
pewarna Roche (Roche's colour Fan). Kuning telur yang pucat mempunyai bacaan 1
- 12. Bacaan 13 - 15 adalah bagi kuning telur yang merah.
BAGAIMANA
MEMPEROLEHI "CAROPHYLL"?
Kedai-kedai atau agen membekal makanan
itik ada menjual bahan pewarna tersebut. Jika terdapat sebarang masalah untuk
membeli pewarna tersebut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang
berhampiran.
BAGAIMANA
MENCAMPURKAN "CAROPHYLL" KE DALAM MAKANAN?
·
"Carophyll" ini mahal harganya
iaitu di dalam lingkungan $360 - $390/kg. Penggunaannya adalah sedikit dan
bergantung kepada warna telur itik yang sedang bertelur. Kebiasaannya 8 -12gm
"carophyll" digunakan bagi setiap 100 kg. makanan.
·
Untuk mencampurkan "carophyll"
ke dalam makanan, ambil carophyll yang diperlukan dan campurkan dengan 1 - 2 kg
makanan. Gaul sama rata dan selepas itu, 5 kg makanan pula dicampur dengan
campuran yang terdahulu. Ulang cara ini beberapa kali dengan menambah makanan
ke atas campuran yang telah dicampur dengan carophyll.
·
Cara ini ialah untuk mendapatkan
campuran makanan yang sebati dan benar-benar mengandongi carophyll.
SELAIN
DARIPADA TELUR SEGAR, BAGAIMANA TELUR ITIK DIJUAL KEPADA ORANG RAMAI?
Telur asin dan telur abad adalah diantara
telur itik yang telah diawet dan boleh didapati di kedai-kedai dan supermarket.
BAGAIMANA
PULA DENGAN PENYAKIT ITIK?
Jika kebersihan reban dan air minuman
dijaga dengan rapi, itik tidak mudah dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang
kebiasaannya mudah diperolehi oleh ayam. Itik juga lebih tahan dari tekanan
persekitaran (environmental stress) jika dibandingkan dengan ayam, tetapi jika
terdapat sebarang tekanan, pengeluaran telur akan berkurangan.
Sila dapatkan bantuan daripada Jabatan
Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik.telur anda didapati tidak sihat.
ADAKAAH
MENTERNAK ITIK TELUR MENGUNTUNGKAN?
Ya. Kos mengeluarkan sebiji telur itik
ialah dari 6 - 12 sen jika menggunakan makanan campuran sendiri. Purata
pengeluaran telur itik sehari dianggarkan lebih kurang 60 - 65% daripada jumlah
itik telur.
Jika penternak menggunakan makanan
komersial, purata pengeluaran sehari ialah 70 - 75% dan kos pengeluaran sebiji
telur adalah dalam lingkungan 10 - 14 sen/biji.
Harga sebiji telur itik gred A (melebihi
65 gm dan warna pada kipas Roche 14 - 15) ialah 15 - 18 sen/biji.
DI
MANA SAYA HARUS PERGI UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT?
Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Negeri yang berdekatan atau menulis terus kepada:
Unit Ayam Itik
Bahagian Pengeluaran
Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
Wisma Chase Perdana, Bukit Damansara,
Off Jalan Semantan
50630 Kuala Lumpur.
Kami berbangga kerana dapat berkhidmat
demi kemajuan dan kemahiran anda.
Dirujuk daripada laman JPV.