Rashdan Aris Enterprise

Iklan....

Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Saturday, April 07, 2012

Tetamu Berbisa Yang Tidak Diundang..

Salam untuk semua..

Lain yang hendak ditangkap, lain pula yang dapat.. Biasanya bubu ditahan untuk mendapatkan ikan puyu, haruan, sepat dan keli sawah. Tapi kali ini Sang Tedung pula yang masuk terperangkap!!

Seperti biasa, bapa mertua saya akan menahan bubu untuk dapatkan bekalan ikan segar untuk hidangan harian atau dibuat pekasam dan ikan kering. Memasuki bulan April ni hujan agak jarang turun dan padi pun belum ditanam. Biasanya dalam keadaan seperti ni tali air akan kering dan bubu tidak dapat dipasang.

Namun hujan lebat yang telah turun beberapa hari yang lalu telah menyebabkan tali air yang kering mula mengalirkan air semula. Justeru bubu dipasang dan telah berjaya memerangkap beberapa ekor ikan sawah seperti haruan dan puyu. Kelihatan juga sekumpulan anak ikan sepat kedah sebesar batang mancis turut berenang-renang mengikut arus air.

Tanpa disangka suatu petang seperti biasa bubu akan diangkat untuk memeriksa hasil tangkapan. Alangkah terkejutnya apabila Sang Tedung yang terperangkap di dalam bubu.. Ular Tedung Senduk yang sepanjang 1 meter yang terperangkap kelihatan kekenyangan dengan perutnya yang membulat. Entah berapa ekor ikanlah yang dia dah sebat..

Kerana terkejut dan panik, Sang Tedung pun meluahkan isi perutnya agar badannya ringan dan mudah untuk melarikan diri. Apa yang terkeluar daripada mulutnya bukanlah ikan hasil tangkapan bubu, tetapi merupakan seekor tikus yang besar. Oleh kerana spesis ini merupakan yang berbahaya dan sangat agresif, maka terpaksalah kami 'tidurkan' Sang Tedung ni..

Tindakan ini terpaksa diambil demi keselamatan diri dan ternakan.. So, tengoklah sendiri gambar yang sempat diambil.













Saturday, March 03, 2012

Menangi Proton Inspira Dengan Dilengkapi Modem Yes 4G Network!!!

Jom masuk contest ni.. free je, bukan kena bayar.. untung2 boleh dapat kereta Proton Inspira siap dengan Yes 4G modem didalam!! memang terbaik la package ni..

Klik link ni untuk mendaftar.

Kereta yang bakal dimenangi!!

Wednesday, February 22, 2012

Jom ke laman web RAE!!!

Sukacitanya dimaklumkan laman web Rashdan Aris Enterprise telahpun siap dibina dan boleh layari dengan klik link (disini.)

Terdapat pelbagai maklumat mengenai aktiviti penternakan yang dijalankan oleh RAE. Terdapat juga pelbagai maklumat tambahan mengenai pelbagai bidang perniagaan daripada rakan niaga di seluruh Malaysia boleh dikongsi bersama serta tips-tips menjalankan perniagaan kecil-kecilan @ perniagaan dari rumah.

Sila layari http://sites.google.com/site/rashdanenterprise/ untuk bertia lanjut.

Monday, October 17, 2011

Halal Fiesta Malaysia 2011 (Halfest 2011)

Salam semua...

Halfest 2011 baru je tamat berlangsung di PWTC, KL semalam.. Difahamkan ada dalam 700 gerai (booth) yang disediakan dan penyertaan dari pelbagai peniaga kecil dan sederhana dari serata negeri.

Tahniah diucapkan kepada pihak CIMB Islamic Bank Bhd, MARA dan pihak PWTC yang berjaya menganjurkan event tersebut. Saya yang berkunjung ke sana pada hari pertama mendapati banyak produk halal yg diiktiraf dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan boleh didapati di sana.

Kebanyakan produk yg diketengahkan juga didapati tiada dalam pasaran di Kuala Lumpur. Bagi pengunjung yg hadir dapat mengambil peluang untuk memasarkan atau memperluaskan pasaran produk2 yg berpotensi untuk diniagakan khususnya di Kuala Lumpur.

Ini dapat mempertingkatkan pendapatan serta pengeluaran pihak pengeluar produk yg datangnya dari kampung2 seterusnya dapat membantu mempertingkatkan ekonomi dan hasil pengeluaran negara. Justeru negara kita juga akan dapat mengurangkan barangan import dan boleh juga mengeksport produk2 yg berkualiti tinggi ke luar negara.

Dari pemerhatian saya didapati ramai juga pengunjung warga asing yg berkunjung ke Halfest 2011 ini. Pengunjung dari luar Kuala Lumpur juga turut hadir bagi memberi sokongan dan sudah pasti produk2 yg diketengahkan juga akan mendapat tempat.

Walaupun saya sebenarnya tidak dapat menjengah ke seluruh gerai, akan tetapi memang ada produk yg saya telah terpikat dan sudah tentunya menjadi pilihan pada masa akan datang. Contohnya Rempeyek Mini Kak Cik yg dikeluarkan oleh pengusaha kecil dari Pulau Pinang memang lain dari yang lain. Berkualiti dan harga pasaran yg berpatutan selain mempunyai rasa yang sedap sudah tentu akan mendapat sambutan..

Malangnya dalam kelekaan melihat dan melawat gerai2 yg ada, saya dan isteri tidak berkesempatan untuk bergambar.. hehehe. Walaubagaimana pun adalah sedikit gambar yg dapat diambil semasa membuat pendaftaran..



Sekian.....

Saturday, October 08, 2011

Tolong!!!!! perut nak meletup!!!

Salam semua...

Hari ni ada jemputan kenduri kat Desa Impiana, Puchong. Dah mmg aktiviti mingguan kan.. kenduri sana, kenduri sini.. tak pun mkn sana, makan sini.. mano tak SEHAT??!! hehe...

Terima kasih kat cousin (Kak Zila) coz menjemput kenduri kat umah dia td. Thanx gak utk Kak Fida sebagai 'rakan kongsi' yang menganjurkan majlis tersebut.. hehe... ^.^  Menu mmg best giler! Nasi briyani, ayam masak merah, sayur acar dan daging masak hitam. "Fourple" thumbs up utk korang!! (ibu jari tangan dan kaki... wakakaka) makanan mmg best!! yang didatangkan panas2 dari Kayu Nasi Kandar.. (maaflah saya dtg lambat... but serious masa mkn td mmg tgh panas..) hahaha

Nak wish gak Happy Birthday utk Kak Zila walaupun dah wish dlm FB semalam.. smoga pjg umur dan bertambah2 murah rezeki!! - lain kali bleh jmput kenduri lg.. haha.. (mmg muka tak malu.. td dahlah mintak tapau, ni dah sibuk suruh ajak dtg kenduri lg.. ;-b)

Kepada Shidah & Akmal trima kasih bebanyak sbb sudi terima tetamu yang 'menyemak' ni kat umah korang.. hehe.. Lauk pajeri td mmg sedap!! dah nk meletup perut aku mkn arini.. hahahahaha.... dan kepada adik beradik yang lain td, trima kasih banyak dan aku mmg sayang kat korang!!

Utk mak yang tercinta, masak lomak pucuk paku 2 mmg capo pn tak leh celen!! hihihhihihihi........

wassalam......

Wednesday, October 05, 2011

Kerja Sambilan...

Assalamualaikum.... Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Sekarang ni ramai yang buat kerja sambilan @ part time job.. macam2 yang dia orang buat. Ada yang meniaga, kerja dengan stesen minyak, bawak teksi, buat direct selling dan macam2lah.. tp adakah yang berjaya? adakah yang jadi kaya?

Sebelum ni saya pun pernah buat semua tu.. Dah macam2 kerja saya buat. Antaranya berniaga dan buat direct selling / join MLM. Cerita pasal MLM ni memang tak pernah habis.. Ada banyak syarikat yang menawarkan pelbagai skim sehingga gelap mata kita dibuatnya!! Yang dijanjikan tentulah kekayaan.. mulut mesti manis.... hehehe..

Setelah beberapa ketika menjadi 'ahli' dan dah merata2 tempat pergi cari 'pelanggan' @ downline sehingga tak tentu masa, akhirnya duit dalam poket yang dah terlebih guna!! Hasilnya memang tak nampaklah... Kalau ada pun hanya dapat balik modal.... (nasib baik dapat..) Dah tu bini kat umah plak mengamok!! mana taknya? balik dah tentu jauh2 malam.. ada kalanya sampai ke pagi!! Bayangkanlah sebaik abis kerja kat pejabat dah nak kena keluar jumpa orang.. alih2 masa bersama isteri pun tinggal 2,3 jam je sehari.. Parah!! Parah!!

Yang paling best buat part time ni adalah meniaga.. tapi kena tengoklah meniaga apa kan??!! MLM 2 kira meniaga jugak, tapi yang tak bestnya barang jualan takda!! Kononnya mengikut sunnah Nabi, tapi apakah maknanya meniaga kalau takda barang (produk)??!! kebanyakan syarikat MLM ni sebenarnya ada produk, tapi yang banyak ditekankan bukanlah penjualan produk tersebut, tapi lebih kepada mencari 'downline'... payahlah kalau macam 2...

Cerita atas kertas memang nampak untung gila-gila.. sampai nk tido pun termimpi2 duit yang banyak!! hahahaha... jadi fikir2kanlah kalau nak join MLM ni.. semua orang nak senang, tapi bukan semua yang nak senang tu ada duit.. ingatlah, jangan sampai buat loan bank semata-mata nak mengejar impian yang belum pasti lagi!! lebih baik duit sedikit yang ada tu buat modal meniaga nasi lemak!! lebih mendatangkan untung!!

Seperti pengalaman saya yang lepas, meniaga makanan ni lebih baik dan menguntungkan. Walaupun kerja penat tak kira hujan dan panas, Alhamdulillah hasilnya memang berbaloi!! Biarlah apa orang nak kata. Yang penting usaha kita tu ada hasilnya dan tentunya Halal!! tinggal lagi 'kederat' nak kena kuatlah... hehehe...

Akhir kata sebelum bertindak nak melakukan sesuatu, fikirkanlah semasak2nya.. bertanyalah kepada orang yang boleh dipercayai dan jangan sesekali lupakan ibu bapa dan agama khasnya. mintalah restu dari orang tua dan banyakkanlah berdoa. InsyaAllah, berkat dan restu dari orang tua itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita..

Wassalam...

P/S : Jika sesiapa perlukan bantuan atau sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda.. tq..

Monday, October 03, 2011

Pertanian satu perniagaan.. Benarkah??

Betul ke pertanian ni boleh jadi satu perniagaan? macam mana? boleh untung ke? boleh ke kita hidup dengan bertani?

Macam2 soalan yg akan bermain difikiran... baik kerja makan gaji. cukup bulan gaji masuk. kan senang!! tak pun mintak kerja ngan kerajaan.. pencen pun dapat. senang nak buat loan!! btol tak??!!

Itulah yang slalu kita fikirkan. begitu juga dengan orang tua kita.. semua fikir nak senang, nak jadi kaya.. tapi cukupkah dengan hanya berfikir?? apa tindakan yang patut kita buat? macam mana nak mula? modal dah tentu besar.. duit pn tak cukup.. jadi sama2lah kita fikirkan. komen anda sangat dialu-alukan.

perkara ni akan disambung lagi..