Rashdan Aris Enterprise

Iklan....

Showing posts with label Pertanian. Show all posts
Showing posts with label Pertanian. Show all posts

Tuesday, March 06, 2012

Pinjaman Perniagaan @ Penternakan..

Salam untuk semua pembaca..

Agak lama juga RAE tidak update blog ini.. Bukannya apa, cuma tiada cerita menarik yang hendak dikongsikan bersama dalam blog ini. Untuk entry kali ini, RAE hendak cerita sedikit tentang perkara yang sering menjadi masalah kepada kita yang baru menceburkan diri dalam kerjaya sebagai penternak atau peniaga iaitu masalah untuk mendapatkan modal permulaan.

Ramai orang yang berminat mahu berniaga dan sangat ingin memulakan perniagaan. Namun niat tersebut sering terhalang akibat faktor tiada modal untuk memulakannya. Justeru, ada yang mengambil jalan untuk bekerja makan gaji untuk mengumpulkan modal dan ada juga yang meminjam daripada ibubapa, adik beradik, saudara mara serta rakan-rakan.

Persoalannya, adakah yang sudi meminjamkan wang mereka kepada kita? Pada zaman sekarang ini, masihkah ada yang sanggup mengorbankan wang simpanan sendiri untuk orang lain? Jawapan ADA!! hanya ibubapa kita sahaja yang sanggup berbuat demikian. Itu pun jika mereka berkemampuan.. Adik beradik juga ada yang sanggup berikan, tetapi memang susah nak cari sekarang ni..

Jalan mudah dan paling senang untuk mendapatkan pinjaman kini adalah melalui AH LONG.... RAE menasihatkan pembaca janganlah sesekali mencari Ah Long walaupun anda telah hampir berputus asa untuk mencari saluran bagi mendapatkan pinjaman modal untuk perniagaan anda. Di sini RAE ingin kongsikan beberapa tips atau panduan sebagai persediaan untuk anda mendapatkan modal memulakan perniagaan.
  1. Buat perancangan yang teliti dan tepat mengenai perjalanan perniagaan yang bakal anda jalankan. Ianya merangkumi kesemua aspek daripada tapak berniaga, penyediaan prasarana, penyediaan bahan mentah, proses penyediaan bahan siap, bahan siap, jualan, promosi, strategi perniagaan dan sebagainya.
  2. Buat anggaran kos bagi kesemua perkara-perkara yang ditunjukkan di atas. Anggaran yang dibuat juga hendaklah berdasarkan kajian pasaran terkini dan bukannya yang 'main agak-agak'.
  3. Rancangan perniagaan anda ini juga sebolehnya dibuat dalam bentuk kertas kerja yang lengkap yang disampaikan dengan jelas.
  4. Carilah seorang mentor yang akan dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan. Contohnya jika anda mahu berniaga nasi lemak, carilah peniaga nasi lemak kerana anda akan dapat mempelajari serba sedikit pengalaman dalam menjual nasi lemak dan insyaAllah dia juga akan membantu anda untuk memberi pendahuluan bagi memulakan perniagaan.
Kertas kerja yang disediakan bolehlah ditunjukkan kepada mentor anda nanti untuk ditokok tambah (jika perlu). Kesungguhan anda untuk berniaga dan berjaya juga akan dapat dilihat daripada kertas kerja yang disediakan. Tahap ilmu penngetahuan anda juga akan dapat dilihat melaluinya.

Setelah anda berjaya memulakan perniagaan dan perlukan modal tambahan untuk membesarkan lagi perniagaan anda, bolehlah gunakan kertas kerja yang telah siap dibuat dan hantarkan ke saluran-saluran kerajaan seperti yang dipaparkan disebelah kiri blog ini. 

Semoga ilmu yang tidak seberapa ini anda akan dapat manafaatkannya. Sebarang pertanyaan atau perlukan bimbingan bolehlah menghubungi RAE ditalian seperti yang dipaparkan.

Maaf jika apa yang dipaparkan di atas tidak menyamai atau tidak sependapat dengan anda. Cerita yang dikongsikan di atas adalah melalui pengalaman RAE sendiri. Sekian, wassalam...

Wednesday, February 22, 2012

Jom ke laman web RAE!!!

Sukacitanya dimaklumkan laman web Rashdan Aris Enterprise telahpun siap dibina dan boleh layari dengan klik link (disini.)

Terdapat pelbagai maklumat mengenai aktiviti penternakan yang dijalankan oleh RAE. Terdapat juga pelbagai maklumat tambahan mengenai pelbagai bidang perniagaan daripada rakan niaga di seluruh Malaysia boleh dikongsi bersama serta tips-tips menjalankan perniagaan kecil-kecilan @ perniagaan dari rumah.

Sila layari http://sites.google.com/site/rashdanenterprise/ untuk bertia lanjut.

Friday, October 21, 2011

Tanam Sayur Sendiri Di Rumah..

Salam semua...

Petang tadi saya ke kedai untuk beli barang dapur dengan isteri.. Biasalah, stok barangan dapur dah banyak yang habis. Oleh kerana saya tinggal berdua dengan isteri, jarang-jarang lah kami makan di luar. Masak sendiri lebih puas hati!! Jimat pun jimat.. betul tak??

Seperti biasa, bila ke kedai macam-macam nak beli.. hehe Tapi bila tang nak bayar tu yg suspen!! Mana taknya? Harga barang sekarang tak menentu.. Kejap murah, kejap mahal.. Kalau nak pegi pasar borong rasa tak berbaloi pulak.. Yelah, dah duduk pun berdua. Bukannya makan banyak sangat.. Kalau beli banyak-banyak nanti membazir pulak, barang pun jadi tak elok..

Jadi, isu harga barang ni kadang-kadang malas dah nak fikir.. Buatlah macam mana pun, semua benda sekarang ni kena bayar. Betul tak?? Mana ada benda yang tak pakai duit? Haaaa..... Kalau ada pun 'kentut' jelah!! hahahahahaha.... Nak kencing pun kena bayar 30 sen! (bukan kencing kat belakang bangunan tau!!) hihihihi.

Sayur sekarang pun dah naik harga. Nak beli kangkung seikat pun dah kena RM2.. Apa lagi nak beli halia atau lengkuas. Nak guna pun bukannya banyak, sekali masak nak sikit je.. Dah tu bukan nak guna hari-hari. So, isteri saya pun merungutlah.. (biasalah.. org pompuan. hihihi) Katanya, "kalau kat kampung amek je kat belakang. Tak yah nak beli-beli. Abang tanamlah kat depan tu."

Depan rumah saya ni adalah tanah 'sekangkang semut' hehehe.. Kecik je pun. 9 kaki X 3 kaki je. Jadi saya pun mulalah tanam sendiri. Yang memang dah sedia ada pokok kari dan lengkuas.. Dah lama gak tanam, sampai dah banyak anaknya.. Pokok lengkuas pun dah merebak. Sampai semaklah.. hehehe.. Kali ni tanam kunyit dan serai pulak. Bila besar nanti dah tak gaduh nak beli. Kan jimat!!

Dulu masa zaman sekolah saya masih ingat lagi yang saya ada tanam sayur sendiri dengan kaedah hidroponik. Masa tu saya dan sepupu kononnyalah nak cuba tanam. hehehe.. Tu pun atas desakan dan minat arwah Busu saya. (mak kepada sepupu tu) So, arwah ni pun belikan kami set hidroponik. Masa tu kaedah ni baru diperkenalkan. Banyak jual kat kedai atau pasaraya masa tu. Set tersebut didatangkan dengan baja cecair dan benih pokok sekali.

Yang seronoknya sampai hari-hari tengok perkembangan tanaman. Balik dari sekolah je terus tengok pokok. hahaha.. Teruja gila!! Kami cuba tanam kangkung dan sawi. Dari sehari ke sehari pokok makin membesar. Hanya dalam 2 minggu pokok dah boleh dituai!! Haaaa..... time tu apa lagi?!! Terus masuk kualilah... Dapat menikmati hasil dari tanaman sendiri memang terasa kepuasannya.. Walaupun masa tu hanya mahu mencuba, tapi tak sangka ianya sangat mudah.

Sejak tu kami tanam kangkung dan sawi tak henti-henti. Maklumlah, sayur kegemaran tu.. hehehe.. Sehinggalah ke satu tahap kebosanan dah sampai, kami pun berhentilah menanam.. (masa tu biasalah kan, budak lelaki yang meningkat remaja ni kepala 'ke lain' je) hihi.. Tetapi tulah ceritanya.... Sebenarnya kalau kita sedikit rajin, maka jimatlah sedikit duit kita.. Pepatah melayu pun ada berkata, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"

Bayangkanlah kalau kita tanam dalam skala yang besar??!! Bukan setakat makan sendiri je, malah boleh mendatangkan pendapatan sampingan!! Jadi memang benarlah, PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN!!!

Sekian, wassalam.....