Salam semua...
Petang tadi saya ke kedai untuk beli barang dapur dengan isteri.. Biasalah, stok barangan dapur dah banyak yang habis. Oleh kerana saya tinggal berdua dengan isteri, jarang-jarang lah kami makan di luar. Masak sendiri lebih puas hati!! Jimat pun jimat.. betul tak??
Seperti biasa, bila ke kedai macam-macam nak beli.. hehe Tapi bila tang nak bayar tu yg suspen!! Mana taknya? Harga barang sekarang tak menentu.. Kejap murah, kejap mahal.. Kalau nak pegi pasar borong rasa tak berbaloi pulak.. Yelah, dah duduk pun berdua. Bukannya makan banyak sangat.. Kalau beli banyak-banyak nanti membazir pulak, barang pun jadi tak elok..
Jadi, isu harga barang ni kadang-kadang malas dah nak fikir.. Buatlah macam mana pun, semua benda sekarang ni kena bayar. Betul tak?? Mana ada benda yang tak pakai duit? Haaaa..... Kalau ada pun 'kentut' jelah!! hahahahahaha.... Nak kencing pun kena bayar 30 sen! (bukan kencing kat belakang bangunan tau!!) hihihihi.
Sayur sekarang pun dah naik harga. Nak beli kangkung seikat pun dah kena RM2.. Apa lagi nak beli halia atau lengkuas. Nak guna pun bukannya banyak, sekali masak nak sikit je.. Dah tu bukan nak guna hari-hari. So, isteri saya pun merungutlah.. (biasalah.. org pompuan. hihihi) Katanya, "kalau kat kampung amek je kat belakang. Tak yah nak beli-beli. Abang tanamlah kat depan tu."
Depan rumah saya ni adalah tanah 'sekangkang semut' hehehe.. Kecik je pun. 9 kaki X 3 kaki je. Jadi saya pun mulalah tanam sendiri. Yang memang dah sedia ada pokok kari dan lengkuas.. Dah lama gak tanam, sampai dah banyak anaknya.. Pokok lengkuas pun dah merebak. Sampai semaklah.. hehehe.. Kali ni tanam kunyit dan serai pulak. Bila besar nanti dah tak gaduh nak beli. Kan jimat!!
Dulu masa zaman sekolah saya masih ingat lagi yang saya ada tanam sayur sendiri dengan kaedah hidroponik. Masa tu saya dan sepupu kononnyalah nak cuba tanam. hehehe.. Tu pun atas desakan dan minat arwah Busu saya. (mak kepada sepupu tu) So, arwah ni pun belikan kami set hidroponik. Masa tu kaedah ni baru diperkenalkan. Banyak jual kat kedai atau pasaraya masa tu. Set tersebut didatangkan dengan baja cecair dan benih pokok sekali.
Yang seronoknya sampai hari-hari tengok perkembangan tanaman. Balik dari sekolah je terus tengok pokok. hahaha.. Teruja gila!! Kami cuba tanam kangkung dan sawi. Dari sehari ke sehari pokok makin membesar. Hanya dalam 2 minggu pokok dah boleh dituai!! Haaaa..... time tu apa lagi?!! Terus masuk kualilah... Dapat menikmati hasil dari tanaman sendiri memang terasa kepuasannya.. Walaupun masa tu hanya mahu mencuba, tapi tak sangka ianya sangat mudah.
Sejak tu kami tanam kangkung dan sawi tak henti-henti. Maklumlah, sayur kegemaran tu.. hehehe.. Sehinggalah ke satu tahap kebosanan dah sampai, kami pun berhentilah menanam.. (masa tu biasalah kan, budak lelaki yang meningkat remaja ni kepala 'ke lain' je) hihi.. Tetapi tulah ceritanya.... Sebenarnya kalau kita sedikit rajin, maka jimatlah sedikit duit kita.. Pepatah melayu pun ada berkata, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"
Bayangkanlah kalau kita tanam dalam skala yang besar??!! Bukan setakat makan sendiri je, malah boleh mendatangkan pendapatan sampingan!! Jadi memang benarlah, PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN!!!
Sekian, wassalam.....
Sharing is caring.. berkongsi idea, cerita, pengalaman atau apa saja yang berkaitan bidang pertanian dan penternakan.
Friday, October 21, 2011
Thursday, October 20, 2011
PENTERNAKAN ITIK DAGING & ITIK SAWAH
PANDUAN MENTERNAK ITIK PEDAGING
Biasanya itik diternak di kawasan yang berparit atau kolam kerana dipercayai itik memerlukannya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam.
Risalah ini memberi panduan secara ringkas mengenai baka, makanan dan pengurusan yang boleh membantu mereka yang berminat untuk membela itik daging ini..
Baka Itik Pedaging
(A) Peking
(B) Aylesbury
(C) Rouen
(D) Cherry Valley
(E) Muscovy
Potensi Itik Pedaging Mengikut Bakanya
Itik Peking- Umur 8 minggu - berat 2.8 - 3.0kg
Itik Rouen- Umur 8 minggu - berat 2.8 - 3.0kg
Itik Aylesbury- Umur 8 minggu - berat 2.7 - 2.9kg
Itik Muscovy- Umur 16 minggu - berat 4.5 - 5.0kg (jantan) 2.5 - 3.0( betina)
Itik Cherry Valley- Umur 47 hari - berat3.2(FCR 2.8:1)
C.P. Duck- Umur 47 hari - berat 3.0( FCR 2.8:1)
Reban Itik
Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembab sepanjang tahun.Reban itik patut dibina dengan rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang baik berketinggian (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring atau terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan atap nipah / rumbia adalah digalakkan.
Luas lantai daripada 0.19, 0.28 dan 0.37 meter persegi (2,3,4 kaki persegi) seekor tidak menunjukkan kesan yang buruk dalam pembesaran dan pemakanan, seperti ayam juga, itik boleh dibela dengan menggunakan lantai sarap tebal atau tinggi (dibaluti atau kawat jaring)
Perindukan
Alat yang diperlukan
(a) hover / lampu
(b) Tempat makan
(c) Tempat minum
(d) Pembentung (kadbod atau kawat jaring setinggi 12”)
(e) Habuk kayu atau sekam padi
Persediaan
(a) Sekat 1/3 bahagian reban untuk perindukkan
(b) Tabur habuk kayu / sekam padi setebal 2-3 inci
(c) Buat lengkungan bulatan
(d) Nyalakan hover / lampu sebelum itik masuk
(e) Sediakan makanan ( 2 buah tempat makanan bagi setiap 100 ekor)
(f) Sediakan air (2 buah tempat air ( 2/3 gelen) bagi setiap 100 ekor)
Pembelaan
Umur 1-2 minggu
(a) Celupkan paruh anak-anak itik ke dalam air sebelum memasukkan kedalam lengkungan bulatan
(b) Air bolih dicampurkan dengan anti stress selama 3 hari
(c) Lampu / hover di pasang diwaktu malam selama 1 minggu. Jika musim hujan lanjutkan seminggu lagi
(d) Pastikan alas lantai sentiasa kering. Tukarkan / tambah jika basah
(e) Air minuman hendaklah sentiasa ada
(f) Besarkan pembentung (lengkungan bulatan) selalu. Buka lengkungan bulatan selepas 10-14 hari
Membesar (3-8 minggu)

(a) Anak itik boleh dibela di reban yang sama dari kecil hingga mencapai usia jualan, dengan keluasan yang cukup.
(b) Tempat air hendaklah cukup dalam bagi membolehkan itik mencelupkan keseluruhan kepalanya ke dalam air
(c) 3 buah tempat makan gantung cukup untuk 100 ekor
(d) Selepas 3 minggu anak-anak itik bolehlah dibiarkan keluar di kawasan yang berpagar di waktu siang
Makanan
(a) Duck Broiler Starter- (1 hari hingga 14 hari)
(b) Duck Broiler Finisher - (15 hari hingga 7/8 minggu)
Contoh Campuran Makanan
Bahan Starter (%) Finisher (%)
Jagung halus 55.5 - 6.8
Hampas Kacang Soya 32.0 - 21.0
Dedak ikan 6.0 - 5.0
Lemak 3.0 - 3.0
Galian 2.5 - 2.0
Vitamin 1.0 - 1.0
Itik pedaging dipasarkan pada umur 7/8 minggu atau selepas 14 minggu. Bulu-bulu halus banyak terdapat ketika itik berumur di antara 9-14 minggu, susah untuk dibersihkan
Anggaran berat purata (pertukaran makanan-F.C.R)
Umur 4 minggu - berat 1.7kg - FCR 2.0
Umur 5 minggu - berat 2.2kg - FCR 2.2
Umur 6 minggu - berat 2.7kg - FCR 2.4
Umur 7 minggu- berat 3.2kg- FCR 2.6
Panduan Penternak
(a) beli anak itik dari baka yang baik yang digemari pengguna
(b) elak itik dari kekurangan air
(c) beri makanan yang bermutu mengikut jadual
(d) Pastikan itik mendapat perlindungan dari hujan / panas dan cuaca buruk
(e) Elakkan lantai dari basah atau lembab semasa perindukan
(f) Jual itik ketika berumur 7/8 minggu untuk mendapat keuntungan yang baik
(g) Tangkap itik pada bahagian lehernya atau badannya dan bukan dekat kakinya
(h) Cari pasaran dulu jika hendak membela cara besar-besaran.
Penternakan Itik daging dikawasan Sawah Padi
Itik Moskovy
Itik Moskovy adalah sejenis itik pedaging yang dibiakkan dari induk yang diimport dari negara Perancis. Jabatan Pertanian menggalakkan penternakan itik Moskovy dalam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protein pada keluarga tani dan juga pendapatan tambahan pada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimumkan penggunaan tanah selepas menuai padi. Itik ini apabila dilepaskan di sawah akan memakan sisa tumpahan padi selepas penuaian, makhluk perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dalam sawah.
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik:
1. Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Sebaiknya reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor bersamaan 1 kaki persegi. Untuk 100 ekor itik, saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3 m x 5 m.
2. Sediakan / buatkan bidai / tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai / tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.
3. Tabur habuk kayu / sekam padi setebal 2.5 – 5 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.
4. Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik dimasukkan.
5. Sediakan tempat makan dan minum.
Ketibaan Anak Itik
1. Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima.
2. Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat.
3. Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin
Dari 0 – 2 Minggu
1. Pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35 darjah C. Bila telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang).
2. Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.
3. Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit.
4. Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.
5. Tabur habuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.
6. Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.
7. Setelah anak itik berumur 1– 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri.
Umur 3 – 4 Minggu
1. Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi sepenuhnya.
2. Itik boleh dididik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.
Umur 5 -13 Minggu
1. Mulai minggu ke 5 ataupun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.
2. Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.
Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.
Kos Pemeliharaan
Kos Pemeliharaan Bagi 100 Ekor Itik Dalam Semusim Padi
Anak itik (100 ekor X RM2.50) - RM250.00
Reban (RM400) - RM 80.00 (Untuk 5 musim)
Makanan (Duck Starter Crumble – 50 kg/bag) 1 bag @ RM48 - RM 48.00
Makanan (Duck Grower – 50 kg/bag)
Sumber diperolehi dari rakan-rakan penternak. Jika ada sebarang kesalahan maklumat harap dapat dimaafkan. Pandangan dan komen adalah sangat dialu-alukan. Sharing is caring...
Wednesday, October 19, 2011
Monday, October 17, 2011
Halal Fiesta Malaysia 2011 (Halfest 2011)
Salam semua...
Halfest 2011 baru je tamat berlangsung di PWTC, KL semalam.. Difahamkan ada dalam 700 gerai (booth) yang disediakan dan penyertaan dari pelbagai peniaga kecil dan sederhana dari serata negeri.
Tahniah diucapkan kepada pihak CIMB Islamic Bank Bhd, MARA dan pihak PWTC yang berjaya menganjurkan event tersebut. Saya yang berkunjung ke sana pada hari pertama mendapati banyak produk halal yg diiktiraf dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan boleh didapati di sana.
Kebanyakan produk yg diketengahkan juga didapati tiada dalam pasaran di Kuala Lumpur. Bagi pengunjung yg hadir dapat mengambil peluang untuk memasarkan atau memperluaskan pasaran produk2 yg berpotensi untuk diniagakan khususnya di Kuala Lumpur.
Ini dapat mempertingkatkan pendapatan serta pengeluaran pihak pengeluar produk yg datangnya dari kampung2 seterusnya dapat membantu mempertingkatkan ekonomi dan hasil pengeluaran negara. Justeru negara kita juga akan dapat mengurangkan barangan import dan boleh juga mengeksport produk2 yg berkualiti tinggi ke luar negara.
Dari pemerhatian saya didapati ramai juga pengunjung warga asing yg berkunjung ke Halfest 2011 ini. Pengunjung dari luar Kuala Lumpur juga turut hadir bagi memberi sokongan dan sudah pasti produk2 yg diketengahkan juga akan mendapat tempat.
Walaupun saya sebenarnya tidak dapat menjengah ke seluruh gerai, akan tetapi memang ada produk yg saya telah terpikat dan sudah tentunya menjadi pilihan pada masa akan datang. Contohnya Rempeyek Mini Kak Cik yg dikeluarkan oleh pengusaha kecil dari Pulau Pinang memang lain dari yang lain. Berkualiti dan harga pasaran yg berpatutan selain mempunyai rasa yang sedap sudah tentu akan mendapat sambutan..
Malangnya dalam kelekaan melihat dan melawat gerai2 yg ada, saya dan isteri tidak berkesempatan untuk bergambar.. hehehe. Walaubagaimana pun adalah sedikit gambar yg dapat diambil semasa membuat pendaftaran..
Sekian.....

Sunday, October 16, 2011
Jom Main Teka Teki !!!!
Salam para pembaca...
Arini saya suka2 la nak kongsi teka-teki.. kalau boleh jawab tulih kat komen ye!!
1) atas pokok ada buah.. atas buah ada pokok.. apakah ia?
2) namakan binatang ini... yang mengejar tidak berkaki, yang berlari terlompat2, yang melihat takda kepala....
3) sejenis kereta yang tidak dipanggil kereta.. apakah ia??
4) seekor lembu berfikir.... "kalaulah aku ada tanah, rumput apa yg aku nak tanam???"... jawabnya?
5) tembak ke bawah, kena kat hidung.. apa ek?
setakat ni jelah buat masa ni.. cubalah jawab kalau boleh.. jawapan akan diberi dalam komen anda..
sekian.... :-)

Monday, October 10, 2011
Mancing.. mancing... mancing...
Salam semuo...
Aghi ni nak cito ckitlah pasal hobi den.. antagho ey iyolah ngail ikan. Lam bahaso baku ey memancing... hehe. Ado oghang kato mancing ni bosan.. boring nak nunggu ikan 2 mkn.. kok nak ikan baik boli yo kek pasa. dah tontu2 dapek!! kok nk yg bosa ko, kocik ko.. tunjuk yo. yang ponting siap an duit ey!! hahahaha
Den ni bukan apo.. bukan ey nk mkn sgt ikan 2. sajo nk sonok yo. nak ngail ni kono ado tahap kosabaran yg tinggi.. utk oghang yg tak ghoti nk saba 2 takyah lah poie ngail.. buang maso yo.. tp utk oghang yg nk blaja saba, haaa.... ngail ni mmg sosuai utk korang!!
Mano2 oghang yg stress 2 eloklah poie ngail.. bia an tak dapek ikan, yg ponting hati kito tonang!! boto tak??!! kek sini den nak post kan lah gamba2 den ngail kek umah mentuo den maghin.. tengoklah yo! Sbona eh gamba ni lamo dah den simpan.. maso 2 cuti ghayo cino 2 taun lopeh gak ey..
Yg ni plak samo jonih ey.. tp lagi bosa daghi yg tadi. agak2 adolah 1kg boghek ey..
Sobab den poie soghang, tepaksolah amek gamba senighi... apo bulih buek.. hihihihi
Haaa... tgk boto2. ado 8 bintik ey!! slalu kek kodai ekorium 2 ado 7 bintik yo..
Kek sini ha den ngail.. kek tali air sawah padi.. Umah mentuo den ni kek Kodah..
Agak2 pueh hati tak tgk?? kok capo2 yg nak ngail 2 ajaklah den yo!! hehehe
Wassalam.....

Ikan Belida.. ikan ni den dapek tak sampai pun 10 minit. Baghu 3 kali baling umpan dah kono!! Mmg best!!
Yg ni plak samo jonih ey.. tp lagi bosa daghi yg tadi. agak2 adolah 1kg boghek ey..
Sobab den poie soghang, tepaksolah amek gamba senighi... apo bulih buek.. hihihihi
Haaa... tgk boto2. ado 8 bintik ey!! slalu kek kodai ekorium 2 ado 7 bintik yo..
Kek sini ha den ngail.. kek tali air sawah padi.. Umah mentuo den ni kek Kodah..
Agak2 pueh hati tak tgk?? kok capo2 yg nak ngail 2 ajaklah den yo!! hehehe
Wassalam.....
Saturday, October 08, 2011
Tolong!!!!! perut nak meletup!!!
Salam semua...
Hari ni ada jemputan kenduri kat Desa Impiana, Puchong. Dah mmg aktiviti mingguan kan.. kenduri sana, kenduri sini.. tak pun mkn sana, makan sini.. mano tak SEHAT??!! hehe...
Terima kasih kat cousin (Kak Zila) coz menjemput kenduri kat umah dia td. Thanx gak utk Kak Fida sebagai 'rakan kongsi' yang menganjurkan majlis tersebut.. hehe... ^.^ Menu mmg best giler! Nasi briyani, ayam masak merah, sayur acar dan daging masak hitam. "Fourple" thumbs up utk korang!! (ibu jari tangan dan kaki... wakakaka) makanan mmg best!! yang didatangkan panas2 dari Kayu Nasi Kandar.. (maaflah saya dtg lambat... but serious masa mkn td mmg tgh panas..) hahaha
Nak wish gak Happy Birthday utk Kak Zila walaupun dah wish dlm FB semalam.. smoga pjg umur dan bertambah2 murah rezeki!! - lain kali bleh jmput kenduri lg.. haha.. (mmg muka tak malu.. td dahlah mintak tapau, ni dah sibuk suruh ajak dtg kenduri lg.. ;-b)
Kepada Shidah & Akmal trima kasih bebanyak sbb sudi terima tetamu yang 'menyemak' ni kat umah korang.. hehe.. Lauk pajeri td mmg sedap!! dah nk meletup perut aku mkn arini.. hahahahaha.... dan kepada adik beradik yang lain td, trima kasih banyak dan aku mmg sayang kat korang!!
Utk mak yang tercinta, masak lomak pucuk paku 2 mmg capo pn tak leh celen!! hihihhihihihi........
wassalam......

Wednesday, October 05, 2011
Kerja Sambilan...
Assalamualaikum.... Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.
Sekarang ni ramai yang buat kerja sambilan @ part time job.. macam2 yang dia orang buat. Ada yang meniaga, kerja dengan stesen minyak, bawak teksi, buat direct selling dan macam2lah.. tp adakah yang berjaya? adakah yang jadi kaya?
Sebelum ni saya pun pernah buat semua tu.. Dah macam2 kerja saya buat. Antaranya berniaga dan buat direct selling / join MLM. Cerita pasal MLM ni memang tak pernah habis.. Ada banyak syarikat yang menawarkan pelbagai skim sehingga gelap mata kita dibuatnya!! Yang dijanjikan tentulah kekayaan.. mulut mesti manis.... hehehe..
Setelah beberapa ketika menjadi 'ahli' dan dah merata2 tempat pergi cari 'pelanggan' @ downline sehingga tak tentu masa, akhirnya duit dalam poket yang dah terlebih guna!! Hasilnya memang tak nampaklah... Kalau ada pun hanya dapat balik modal.... (nasib baik dapat..) Dah tu bini kat umah plak mengamok!! mana taknya? balik dah tentu jauh2 malam.. ada kalanya sampai ke pagi!! Bayangkanlah sebaik abis kerja kat pejabat dah nak kena keluar jumpa orang.. alih2 masa bersama isteri pun tinggal 2,3 jam je sehari.. Parah!! Parah!!
Yang paling best buat part time ni adalah meniaga.. tapi kena tengoklah meniaga apa kan??!! MLM 2 kira meniaga jugak, tapi yang tak bestnya barang jualan takda!! Kononnya mengikut sunnah Nabi, tapi apakah maknanya meniaga kalau takda barang (produk)??!! kebanyakan syarikat MLM ni sebenarnya ada produk, tapi yang banyak ditekankan bukanlah penjualan produk tersebut, tapi lebih kepada mencari 'downline'... payahlah kalau macam 2...
Cerita atas kertas memang nampak untung gila-gila.. sampai nk tido pun termimpi2 duit yang banyak!! hahahaha... jadi fikir2kanlah kalau nak join MLM ni.. semua orang nak senang, tapi bukan semua yang nak senang tu ada duit.. ingatlah, jangan sampai buat loan bank semata-mata nak mengejar impian yang belum pasti lagi!! lebih baik duit sedikit yang ada tu buat modal meniaga nasi lemak!! lebih mendatangkan untung!!
Seperti pengalaman saya yang lepas, meniaga makanan ni lebih baik dan menguntungkan. Walaupun kerja penat tak kira hujan dan panas, Alhamdulillah hasilnya memang berbaloi!! Biarlah apa orang nak kata. Yang penting usaha kita tu ada hasilnya dan tentunya Halal!! tinggal lagi 'kederat' nak kena kuatlah... hehehe...
Akhir kata sebelum bertindak nak melakukan sesuatu, fikirkanlah semasak2nya.. bertanyalah kepada orang yang boleh dipercayai dan jangan sesekali lupakan ibu bapa dan agama khasnya. mintalah restu dari orang tua dan banyakkanlah berdoa. InsyaAllah, berkat dan restu dari orang tua itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita..
Wassalam...
P/S : Jika sesiapa perlukan bantuan atau sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda.. tq..

Monday, October 03, 2011
Pertanian satu perniagaan.. Benarkah??
Betul ke pertanian ni boleh jadi satu perniagaan? macam mana? boleh untung ke? boleh ke kita hidup dengan bertani?
Macam2 soalan yg akan bermain difikiran... baik kerja makan gaji. cukup bulan gaji masuk. kan senang!! tak pun mintak kerja ngan kerajaan.. pencen pun dapat. senang nak buat loan!! btol tak??!!
Itulah yang slalu kita fikirkan. begitu juga dengan orang tua kita.. semua fikir nak senang, nak jadi kaya.. tapi cukupkah dengan hanya berfikir?? apa tindakan yang patut kita buat? macam mana nak mula? modal dah tentu besar.. duit pn tak cukup.. jadi sama2lah kita fikirkan. komen anda sangat dialu-alukan.
perkara ni akan disambung lagi..

Subscribe to:
Posts (Atom)