Salam semua...
Petang tadi saya ke kedai untuk beli barang dapur dengan isteri.. Biasalah, stok barangan dapur dah banyak yang habis. Oleh kerana saya tinggal berdua dengan isteri, jarang-jarang lah kami makan di luar. Masak sendiri lebih puas hati!! Jimat pun jimat.. betul tak??
Seperti biasa, bila ke kedai macam-macam nak beli.. hehe Tapi bila tang nak bayar tu yg suspen!! Mana taknya? Harga barang sekarang tak menentu.. Kejap murah, kejap mahal.. Kalau nak pegi pasar borong rasa tak berbaloi pulak.. Yelah, dah duduk pun berdua. Bukannya makan banyak sangat.. Kalau beli banyak-banyak nanti membazir pulak, barang pun jadi tak elok..
Jadi, isu harga barang ni kadang-kadang malas dah nak fikir.. Buatlah macam mana pun, semua benda sekarang ni kena bayar. Betul tak?? Mana ada benda yang tak pakai duit? Haaaa..... Kalau ada pun 'kentut' jelah!! hahahahahaha.... Nak kencing pun kena bayar 30 sen! (bukan kencing kat belakang bangunan tau!!) hihihihi.
Sayur sekarang pun dah naik harga. Nak beli kangkung seikat pun dah kena RM2.. Apa lagi nak beli halia atau lengkuas. Nak guna pun bukannya banyak, sekali masak nak sikit je.. Dah tu bukan nak guna hari-hari. So, isteri saya pun merungutlah.. (biasalah.. org pompuan. hihihi) Katanya, "kalau kat kampung amek je kat belakang. Tak yah nak beli-beli. Abang tanamlah kat depan tu."
Depan rumah saya ni adalah tanah 'sekangkang semut' hehehe.. Kecik je pun. 9 kaki X 3 kaki je. Jadi saya pun mulalah tanam sendiri. Yang memang dah sedia ada pokok kari dan lengkuas.. Dah lama gak tanam, sampai dah banyak anaknya.. Pokok lengkuas pun dah merebak. Sampai semaklah.. hehehe.. Kali ni tanam kunyit dan serai pulak. Bila besar nanti dah tak gaduh nak beli. Kan jimat!!
Dulu masa zaman sekolah saya masih ingat lagi yang saya ada tanam sayur sendiri dengan kaedah hidroponik. Masa tu saya dan sepupu kononnyalah nak cuba tanam. hehehe.. Tu pun atas desakan dan minat arwah Busu saya. (mak kepada sepupu tu) So, arwah ni pun belikan kami set hidroponik. Masa tu kaedah ni baru diperkenalkan. Banyak jual kat kedai atau pasaraya masa tu. Set tersebut didatangkan dengan baja cecair dan benih pokok sekali.
Yang seronoknya sampai hari-hari tengok perkembangan tanaman. Balik dari sekolah je terus tengok pokok. hahaha.. Teruja gila!! Kami cuba tanam kangkung dan sawi. Dari sehari ke sehari pokok makin membesar. Hanya dalam 2 minggu pokok dah boleh dituai!! Haaaa..... time tu apa lagi?!! Terus masuk kualilah... Dapat menikmati hasil dari tanaman sendiri memang terasa kepuasannya.. Walaupun masa tu hanya mahu mencuba, tapi tak sangka ianya sangat mudah.
Sejak tu kami tanam kangkung dan sawi tak henti-henti. Maklumlah, sayur kegemaran tu.. hehehe.. Sehinggalah ke satu tahap kebosanan dah sampai, kami pun berhentilah menanam.. (masa tu biasalah kan, budak lelaki yang meningkat remaja ni kepala 'ke lain' je) hihi.. Tetapi tulah ceritanya.... Sebenarnya kalau kita sedikit rajin, maka jimatlah sedikit duit kita.. Pepatah melayu pun ada berkata, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"
Bayangkanlah kalau kita tanam dalam skala yang besar??!! Bukan setakat makan sendiri je, malah boleh mendatangkan pendapatan sampingan!! Jadi memang benarlah, PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN!!!
Sekian, wassalam.....
No comments:
Post a Comment