Rashdan Aris Enterprise

Iklan....

Wednesday, October 05, 2011

Kerja Sambilan...

Assalamualaikum.... Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Sekarang ni ramai yang buat kerja sambilan @ part time job.. macam2 yang dia orang buat. Ada yang meniaga, kerja dengan stesen minyak, bawak teksi, buat direct selling dan macam2lah.. tp adakah yang berjaya? adakah yang jadi kaya?

Sebelum ni saya pun pernah buat semua tu.. Dah macam2 kerja saya buat. Antaranya berniaga dan buat direct selling / join MLM. Cerita pasal MLM ni memang tak pernah habis.. Ada banyak syarikat yang menawarkan pelbagai skim sehingga gelap mata kita dibuatnya!! Yang dijanjikan tentulah kekayaan.. mulut mesti manis.... hehehe..

Setelah beberapa ketika menjadi 'ahli' dan dah merata2 tempat pergi cari 'pelanggan' @ downline sehingga tak tentu masa, akhirnya duit dalam poket yang dah terlebih guna!! Hasilnya memang tak nampaklah... Kalau ada pun hanya dapat balik modal.... (nasib baik dapat..) Dah tu bini kat umah plak mengamok!! mana taknya? balik dah tentu jauh2 malam.. ada kalanya sampai ke pagi!! Bayangkanlah sebaik abis kerja kat pejabat dah nak kena keluar jumpa orang.. alih2 masa bersama isteri pun tinggal 2,3 jam je sehari.. Parah!! Parah!!

Yang paling best buat part time ni adalah meniaga.. tapi kena tengoklah meniaga apa kan??!! MLM 2 kira meniaga jugak, tapi yang tak bestnya barang jualan takda!! Kononnya mengikut sunnah Nabi, tapi apakah maknanya meniaga kalau takda barang (produk)??!! kebanyakan syarikat MLM ni sebenarnya ada produk, tapi yang banyak ditekankan bukanlah penjualan produk tersebut, tapi lebih kepada mencari 'downline'... payahlah kalau macam 2...

Cerita atas kertas memang nampak untung gila-gila.. sampai nk tido pun termimpi2 duit yang banyak!! hahahaha... jadi fikir2kanlah kalau nak join MLM ni.. semua orang nak senang, tapi bukan semua yang nak senang tu ada duit.. ingatlah, jangan sampai buat loan bank semata-mata nak mengejar impian yang belum pasti lagi!! lebih baik duit sedikit yang ada tu buat modal meniaga nasi lemak!! lebih mendatangkan untung!!

Seperti pengalaman saya yang lepas, meniaga makanan ni lebih baik dan menguntungkan. Walaupun kerja penat tak kira hujan dan panas, Alhamdulillah hasilnya memang berbaloi!! Biarlah apa orang nak kata. Yang penting usaha kita tu ada hasilnya dan tentunya Halal!! tinggal lagi 'kederat' nak kena kuatlah... hehehe...

Akhir kata sebelum bertindak nak melakukan sesuatu, fikirkanlah semasak2nya.. bertanyalah kepada orang yang boleh dipercayai dan jangan sesekali lupakan ibu bapa dan agama khasnya. mintalah restu dari orang tua dan banyakkanlah berdoa. InsyaAllah, berkat dan restu dari orang tua itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita..

Wassalam...

P/S : Jika sesiapa perlukan bantuan atau sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda.. tq..

No comments:

Post a Comment