Rashdan Aris Enterprise

Iklan....

Monday, October 17, 2011

Halal Fiesta Malaysia 2011 (Halfest 2011)

Salam semua...

Halfest 2011 baru je tamat berlangsung di PWTC, KL semalam.. Difahamkan ada dalam 700 gerai (booth) yang disediakan dan penyertaan dari pelbagai peniaga kecil dan sederhana dari serata negeri.

Tahniah diucapkan kepada pihak CIMB Islamic Bank Bhd, MARA dan pihak PWTC yang berjaya menganjurkan event tersebut. Saya yang berkunjung ke sana pada hari pertama mendapati banyak produk halal yg diiktiraf dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan boleh didapati di sana.

Kebanyakan produk yg diketengahkan juga didapati tiada dalam pasaran di Kuala Lumpur. Bagi pengunjung yg hadir dapat mengambil peluang untuk memasarkan atau memperluaskan pasaran produk2 yg berpotensi untuk diniagakan khususnya di Kuala Lumpur.

Ini dapat mempertingkatkan pendapatan serta pengeluaran pihak pengeluar produk yg datangnya dari kampung2 seterusnya dapat membantu mempertingkatkan ekonomi dan hasil pengeluaran negara. Justeru negara kita juga akan dapat mengurangkan barangan import dan boleh juga mengeksport produk2 yg berkualiti tinggi ke luar negara.

Dari pemerhatian saya didapati ramai juga pengunjung warga asing yg berkunjung ke Halfest 2011 ini. Pengunjung dari luar Kuala Lumpur juga turut hadir bagi memberi sokongan dan sudah pasti produk2 yg diketengahkan juga akan mendapat tempat.

Walaupun saya sebenarnya tidak dapat menjengah ke seluruh gerai, akan tetapi memang ada produk yg saya telah terpikat dan sudah tentunya menjadi pilihan pada masa akan datang. Contohnya Rempeyek Mini Kak Cik yg dikeluarkan oleh pengusaha kecil dari Pulau Pinang memang lain dari yang lain. Berkualiti dan harga pasaran yg berpatutan selain mempunyai rasa yang sedap sudah tentu akan mendapat sambutan..

Malangnya dalam kelekaan melihat dan melawat gerai2 yg ada, saya dan isteri tidak berkesempatan untuk bergambar.. hehehe. Walaubagaimana pun adalah sedikit gambar yg dapat diambil semasa membuat pendaftaran..



Sekian.....

1 comment: